Gerakan Sukarelawan Rakyat dilancar minggu depan, bantu pengundi buat keputusan

0
14

CYBERJAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan melancarkan portal Gerakan Sukarelawan Rakyat bagi membantu rakyat membuat pilihan sebijaknya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, portal yang dijangka dilancarkan pada minggu hadapan itu, antara lain mengandungi pelbagai maklumat mengenai calon yang bakal bertanding pada PRU15.

“Kita para NGO (pertubuhan bukan kerajaan) sudah buat ketetapan bahawa sokongan kita bukan berlandaskan kepada parti, tetapi calon yang bertanding.

“Kita hanya akan beri sokongan pada calon yang benar-benar amanah, jujur dan berintegriti,” kata Nadim.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Festival Halal Yakin di Malakat Mall, di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH), Datuk Lokman Hakim Pfordten; dan Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman.

Kata Nadzim yang lebih dikenali sebagai Toqqi itu lagi, portal tersebut diharap dapat membantu rakyat membuat pilihan sebaiknya sebelum turun membuang undi nanti.

Tambah Nadzim, pilihan raya merupakan masa paling tepat buat rakyat dan NGO menjadi pendesak untuk ‘membuang’ calon yang tidak menepati citarasa rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here