Helikopter dinaiki enam kru terhempas di Berinchang, Cameron Highlands

0
68
Mohammad Hamdan Wahid

CAMERON HIGHLANDS – Kesemua enam kru yang terlibat dalam kejadian helikopter terhempas di Berinchang, dekat sini dilaporkan selamat, lapor Bernama.

Media tempatan pada petang ini dikejutkan dengan berita kejadian yang menimpa kumpulan pasukan perubatan yang dalam penerbangan dari Cameron Highlands ke Ipoh.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.15 petang tadi melibatkan helikopter milik syarikat swasta yang membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor.

Mereka yang selamat terdiri daripada seorang juruterbang, seorang doktor dan empat pasukan perubatan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu.

Bagaimanapun, ia masih di peringkat laporan awal.

Gambar Facebook Bernama.

“Kita masih belum menerima maklumat lengkap dan terperinci termasuklah jumlah kru (mangsa) terlibat, kecederaan dan koordinat lokasi,” katanya memetik laporan Sinar Harian petang ini.

Difahamkan, helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Highlands.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here