Husam Musa dipilih sebagai calon PKR di Pasir Mas, Nik Omar bertanding di Pasir Salak

0
50
Penyokong PKR yang hadir dalam majlis Malam Pengumuman Calon Keadilan di Ampang di sini hari ini.

AMPANG – Bekas Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen Pasir Mas atas tiket PKR.

Pengumuman itu dibuat dalam majlis Malam Pengumuman Calon Keadilan di Ampang di sini malam tadi dengan disaksikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Rafizi Ramli.

Sebelum ini, nama Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu difahamkan disingkirkan sebagai calon Amanah.

Dalam pada itu anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang diumumkan sebagai calon PKR baru-baru ini akan bertanding di Pasir Salak manakala Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang disebut-sebut bertanding di Gombak secara rasmi dipilih berhadapan dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Selain itu PKR turut membuat pertukaran di beberapa kawasan Parlimen dengan Rafizi akan kembali bertanding di Parlimen Pandan manakala Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding di Bandar Tun Razak.

Bagi kerusi Ampang yang disandang oleh Zuraida Kamarudin pula, PKR mempertaruhkan Rodziah Ismail untuk menentang menteri Kabinet itu.

Sementara itu, PKR juga membuat kejutan dengan mencalonkan pengarah filem terkenal, Jurey Latiff Rosli di Lenggong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here