Ibu Dr. Wan Azizah meninggal dunia

0
19

CYBERJAYA – Ibu kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Datin Mariah Khamis dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira pukul 9 pagi ini.

Menurut Anwar, Allahyarham dijadual dikebumikan pada pukul 11.30 pagi ini di Masjid Al Mustaqim, Ampang, di sini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, turut berkongsi berita sedih berkenaan melalui hantaran di FB yang turut disertakan gambar beliau dan Dr Wan Azizah bersama Allahyarham.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Dimaklumkan bonda mama tersayang, Datin Hajah Mariah Khamis telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga Allahyarhamah nenek ditempatkan dalam kalangan para salihin, diampunkan dosa, dipermudahkan segala urusan, diberikan sepenuh kelapangan kelak dan mendapat husnul khatimah. ‘We love you’ grandma. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran kira-kira 9 pagi ini.

Berikutan itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut mengumumkan pembatalan jelajahnya ke Miri dan Kuching, Sarawak, yang dijadualkan hari ini.

“Saya memohon maaf kepada seluruh pimpinan Harapan Sarawak serta para pendukung kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching.

“Kita akan berjumpa lagi di lain waktu, insya-Allah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here