Makanan bayi berkhasiat tanpa MSG keluaran Bumiputera kini boleh di dapati di Malakat Mall

0
34
Pemilik gerai Yummy Tummy, Nur Zahirah Ismail menunjukkan antara makanan bayi yang dijual di reruainya di Malakat Mall di sini, hari ini.

CYBERJAYA – Walaupun sibuk membesarkan tiga orang anaknya namun, itu bukanlah penghalang untuk Nur Zahirah Ismail untuk menjalankan perniagaan makanan segera bayi di Malakat Mall.

Nur Zahirah yang juga merupakan ibu tunggal dan pemilik gerai Yummy Tummy, berkata, dia sudah menjalankan perniagaan makanan bayi selama lebih lima tahun dan telah menjual pelbagai jenama makanan segera bayi seperti Ibu Anis, Eatalian Express dan Bebe Tummy.

“Pasaran makanan segera bayi mendapat permintaan yang menggalakkan dalam kalangan ibu-bapa masa ini.

“Kesuntukan masa dalam menyediakan makanan bayi adalah antara masalah yang kerap berlaku dalam kalangan ibu-bapa jadi dengan adanya makanan segera bayi, penjaga boleh menyediakan makanan bayi dalam masa yang singkat,” katanya kepada Malakat Tribune di Malakat Mall di sini, hari ini.

Nur Zahirah yang juga bekerja sambilan sebagai admin media sosial berkata, pendapatan utamanya adalah hasil daripada penjualan makanan segera bayi tersebut.

Antara makanan bayi yang dijual di gerai Yummy Tummy di Malakat Mall di sini, hari ini.

“Makanan bayi ini boleh dimasak dengan cepat tinggal nak panaskan dan nyahbekukan sahaja.

“Ibu-bapa tidak memerlukan banyak masa untuk masak makanan tersebut dan benda ini juga boleh senang dibawa ke mana-mana serta boleh di simpan dalam peti sejuk.

“Yang menariknya mengenai produk ini adalah produk makanan bayi ini tidak mengandungi garam, gula, bahan pengawet dan juga MSG (Monosodium Glutamat).

“Dalam erti kata lain, kandungan bahan dalam makanan bayi tersebut adalah semula jadi dan yang paling penting sekali halal kerana produk Muslim Bumiputera,” katanya.

Tambah Nur Zahirah lagi, kebanyakkan makanan segera bayi yang dijual sesuai untuk bayi yang berumur enam bulan hingga satu tahun dan ke atas.

Antara makanan bayi yang dijual di gerai Yummy Tummy di Malakat Mall di sini, hari ini.

“Kalau bayi itu berumur enam bulan kita boleh bagi dia puri sayur dan buah manakala untuk yang berumur tujuh bulan dan ke atas kita kenalkan dia dengan makanan protein.

“Selain itu, untuk bayi lapan bulan pula kita boleh ajar makan pasta dan untuk yang berumur satu tahun dan ke atas mereka boleh makan makanan kasar macam spageti dan nasi,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, katanya, antara jenama makanan bayi yang sering mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai adalaah ‘Snack Fruit Puffy’.

“Makanan ini seperti ‘Honeystar’ tetapi walaupun ini adalah snek tapi warna yang digunakan adalah warna semula jadi bukan pewarna tiruan jadi makanan ini selamat untuk dimakan oleh bayi dan yang paling penting tidak mengandungi garam dan gula,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga berharap untuk menambah produk makanan segera bayi di masa hadapan dan mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung ke Malakat Mall untuk membeli makanan segera bayi.

“Kepada mereka yang berminat untuk membeli makanan bayi tersebut boleh hadir ke gerai Yummy Tummy yang terletak di aras bawah Malakat Mall ataupun boleh beli secara dalam talian di Facebook TikTok dan Instagram,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here