Indonesia gantung jualan cecair ubatan bersirap

0
13

JAKARTA – Indonesia menggantung penjualan semua jenis cecair ubatan bersirap bagi menyiasat punca kematian hampir 100 orang kanak-kanak di negara itu, hari ini.

Pihak berkuasa negara itu berkata, sebahagian daripada ubatan yang telah diperiksa mengandungi bahan berbahaya yang boleh menyebabkan kecederaan buah pinggang akut (AKI).

Bagaimanapun, kata portal BBC, pihak berkuasa tidak mengumumkan sama ada ubatan tersebut dikeluarkan oleh pengusaha tempatan atau diimport.

Pada awal bulan ini, Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) telah mengeluarkan notis amaran mengenai empat jenis ubat batuk yang mempunyai kaitan dengan kematian hampir 70 kanak-kanak di Gambia.

Notis tersebut menyebut, kesemua ubat itu yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat farmaseutikal India, mengandungi diethylene glycol dan ethylene glycol “pada kadar kandungan yang tidak boleh diterima”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here