Insiden Stadium Kanjuruhan: 127 terbunuh, 180 masih dirawat

0
61

JAWA TIMUR – Seramai 127 penonton bola sepak terbunuh dalam insiden rusuhan yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Jawa Timur, malam tadi.

Laporan Kompas.com menyebut, insiden memilukan itu terjadi ketika tamatnya perlawanan di antara pasukan Arema FC menentang Persebaya Surabaya yang berkesudahan 2-3.

Ketua Polis Jawa Timur, Irjen Pol Nico Afinta berkata, sebanyak 127 orang terbunuh, termasuk dua anggota polis Indonesia.

“Dalam kejadian tersebut telah meninggal 127 orang, dua di antaranya anggota Polri,” kata Nico.

Kata Nico, 34 daripada mangsa terbunuh di stadium, manakala selebihnya di hospital.

Tambahnya, terdapat kira-kira 180 mangsa masih dirawat di hospital ketika ini.

Insiden tersebut tercetus apabila penyokong Arema FC menyerbu ke padang kerana tidak berpuas hati dengan keputusan.

Bagi menyuraikan keadaan, pihak polis yang berkawal melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan keadaan, namun keadaan panik yang tercetus dengan jumlah penonton yang ramai menyebabkan berlakunya rempuhan.

Kebanyakan mangsa difahamkan meninggal dunia akibat sesak nafas disebabkan rempuhan orang ramai, yang diburukkan lagi dengan kesan gas pemedih mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here