Insiden Stadium Kanjuruhan: Jokowi arah PSSI laksana penilaian keselamatan

0
26

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menghentikan sementara perlawanan bola sepak Liga 1 sehingga prosedur penilaian dan keselamatan dilakukan susulan kejadian rusuhan bola sepak di Stadium Kanjuruhan Kabupaten Malang, Jawa Timur.

Dalam masa yang sama, beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi turut mengeluarkan arahan supaya Ketua Polis Indonesia menyiasat secara menyeluruh punca kejadian itu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 129 individu terkorban.

“Saya telah mengarahkan Menteri Kesihatan dan Gabenor Jawa Timur memantau khusus terhadap rawatan mangsa-mangsa yang sedang dirawat di hospital agar mendapat layanan yang terbaik.

“Saya juga telah memerintah kepada Menteri Belia dan Sukan, Ketua Polis dan Ketua Umum PSSI untuk menilai keseluruhan tentang pertandingan sepak bola dan prosedur keselamatan.

“Khusus kepada Ketua Polis, saya minta melakukan siasatan dan menyiasat kes ini,” kata Jokowi dalam rakaman yang dimuat naik di laman YouTube Sekretariat Presiden, hari ini.

Jelas Jokowi lagi, beliau berasa kesal dengan kejadian yang berlaku dan berharap insiden sedemikian tidak berulang pada masa akan datang.

Dalam kejadian malam tadi, sekurang-kurangnya 129 orang terbunuh termasuk dua anggota polis, manakala 180 cedera akibat rempuhan ketika rusuhan perlawanan bola sepak di Jawa Timur.

Insiden tersebut disifatkan sebagai salah satu bencana terburuk arena bola sepak dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here