Insiden tembakan pusat jagaan, Polis Thailand buru suspek

0
26

BANGKOK – Sekurang-kurangnya 30 maut dengan majoritinya kanak-kanak dalam insiden tembakan di sebuah pusat penjagaan harian di Na Klang, wilayah Nong Bua Lamphu, hari ini.

Pihak polis dilaporkan sedang memburu seorang suspek yang dipercayai menyerang pusat tersebut.

Difahamkan, suspek melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki sebuah kenderaan pikap Toyota berwarna putih.

Identiti suspek belum didedahkan, tetapi maklumat awal menyebut dia merupakan bekas anggota polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here