Jika menang PRU15, UMNO tak akan campur urusan kehakiman seperti dilakukan PH – bidas Asyraf Wajdi 

0
12
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di menara Dato Onn di sini, hari ini. Kredit foto: Najmi Zulkefle

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas dakwaan yang mengatakan UMNO bakal mengugurkan kes membabitkan pemimpin parti itu sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Katanya, perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di peringkat parti sebaliknya fokus Barisan Nasional (BN) adalah untuk membantu rakyat dan negara.

“Perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di peringkat parti dan kami tidak akan mengulangi apa yang Pakatan Harapan (PH) lakukan dengan mencampuri urusan kehakiman apabila memberi pengampunan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami sentiasa menghormati Perlembagaan negara dan sudah tentu fokus kami adalah untuk memastikan kestabilan dalam membina sebuah negara yang makmur bukan hanya berfokuskan kepada pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di menara Dato Onn di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesiapsiagaan Pemuda UMNO dan BN menjelang PRU15 sudah berada di tahap maksimum. Awak

“Dalam konteks perang PRU15 saya dan dan pasukan percaya dan yakin dengan pelancaran jentera pada 17 September yang lalu, sehingga laporan daripada ketua-ketua Pemuda negeri yang kita telah bincangkan, kita berada di tahap yang amat baik dan maksimum untuk PRU15,” ujarnya.

Katanya, beliau sudah menghantar senarai calon-calon di peringkat DUN Parlimen kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami di peringkat pergerakan Pemuda sudah menghantar senarai calon-calon di peringkat DUN Parlimen kepada Pengerusi BN dan saya optimis lebih ramai muka baharu yang akan ditampilkan dalam PRU kali ini,” ujarnya lagi.

Ditanya siapakah antara calon yang sudah dihantar, beliau berkata, antara calon tersebut termasuk dirinya sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here