JPN buat laporan polis, dakwa beri Mykad kepada warga asing menjelang PRU15

0
13
Dakwaan palsu yang tular di media sosial kononnya ramai warga Bangladesh diberikan MyKad menjelang Pillihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

KUALA LUMPUR- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis kelmarin, berhubung dakwaan palsu yang tular di media sosial kononnya ramai warga Bangladesh diberikan MyKad menjelang Pillihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

JPN dalam satu kenyataan berkata, gambar sekeping MyKad yang turut dimuat naik menerusi dakwaan palsu mengatakan ia milik seorang warga Bangladesh juga tidak benar.

“Sebaliknya beliau adalah seorang warganegara Malaysia yang sah yang diambil sebagai anak angkat secara sah dari sudut undang-undang dan dibesarkan satu keluarga berbangsa Cina sejak lahir lagi.

“Isu ini sudah dilaporkan pihak media yang menjelaskan bahawa individu terbabit adalah warga negara Malaysia,” katanya hari ini.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat JPN berkaitan perkara itu kerana tindakan terbabit bukan saja boleh menjatuhkan imej dan menjejaskan kredibiliti JPN, malah boleh mencetuskan kebimbangan awam.

“Laporan itu dibuat supaya polis boleh menjalankan siasatan terhadap mana-mana pihak didapati menyebarkan dakwaan palsu berkenaan,” katanya.

Selain itu, orang ramai diingatkan sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi kerana tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang didapati menyebarkan maklumat palsu.

JPN turut menegaskan MyKad hanya dikeluarkan kepada individu warganegara Malaysia yang layak berdasarkan peruntukan perundangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here