Kakak tikam adik direman 6 hari

0
97
Suspek yang berusia 18 tahun diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk proses tahanan reman. Kredit gambar Bernama.

JOHOR BAHRU – Remaja perempuan yang dipercayai membaling pisau ke arah adik lelaki sehingga maut direman selama enam hari mulai hari ini hingga 25 Oktober depan.

Menurut laporan Harian Metro, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Normadiana Mamat di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Remaja berusia 18 tahun yang belajar di sebuah sekolah di Gelang Patah itu dibawa ke mahkamah pada 9.25 pagi.

Remaja itu kelihatan sugul manakala tiada ahli keluarga hadir ke mahkamah.

Difahamkan ahli keluarganya sibuk berurusan di rumah mayat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga selesai proses bedah siasat mangsa.

Semalam, media melaporkan mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh di sini.

Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here