Kakitangan hospital pijak hiasan kolam Deepavali direman tiga hari

0
201

KLANG – Polis telah menahan individu yang memijak hiasan kolam Deepavali dan perakam video berkenaan selepas kedua-dua mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an dan 30-an hadir di IPD Klang Utara sekitar jam 11 malam tadi.

Menurut Vijaya, kedua-dua mereka akan direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

“Mereka merupakan kakitangan sebuah hospital swasta dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya memetik laporan portal Sinar Harian.

Sejak beberapa hari lalu, tular satu rakaman video di media sosial, menunjukkan seorang lelaki berbaju Melayu dan bersongkok memijak kolam hiasan untuk Deepavali.

Hospital Pakar KPJ Klang dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan siasatan dalaman sudah dimulakan ke atas video berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here