Kerjasama Brainy Bones, UiTM rancakkan industri kreatif negara

0
18

CYBERJAYA – Studio animasi Brainy Bones Studio hari ini melakar sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai salah satu daripada enam syarikat bagi bekerjasama dengan Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kerjasama selama tiga tahun itu merupakan satu usaha pemerkasaan kerjasama antara akademik-industri yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang iaitu penerbitan kandungan digital, filem dan televisyen, pembangun platform Non-Fungible Token (NFT) dan penerbitan animasi.

Selain Brainy Bones Studio, pihak lain yang turut terlibat dalam kerjasama trsebut adalah Inspidea Sdn. Bhd., Pentas IO Sdn. Bhd., Telaga Biru Sdn. Bhd., Blindspot Studios Sdn. Bhd., dan juga syarikat penerbitan dan pengedaran filem, MiG Beats Sdn. Bhd.

Dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman itu di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam, Brainy Bones Studio diwakili oleh Pengarah Urusannya, Hilmi Ismail, manakala UiTM pula diwakili oleh Penolong Naib Canselor KPSK, Prof. Dr. Zaini Abdullah.

Bersesuaian dengan kaedah Pembelajaran Berasaskan Kerja yang diterapkan dalam
program-program yang ditawarkan oleh KPSK, persefahaman ini juga bakal menempatkan
kumpulan pelajar di bawah program 2u1i iaitu 2 Tahun di Universiti dan 1 Tahun di Industri.

Selain daripada manfaat yang bakal diperoleh pelajar-pelajar, kepakaran tenaga akademik
dan staf KPSK juga dapat ditingkatkan di samping dapat memperkukuh, mempromosikan dan
mengembangkan kolaborasi dalam bidang akademik, inovasi dan penyelidikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here