Keselamatan siber: Pendidikan awal penting bagi bina warga digital bertanggungjawab

0
26

CYBERJAYA – Pendidikan keselamatan siber harus dimulakan sejak awal usia lagi bagi membina warga digital yang bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, generasi muda harus mempelajari asas-asas untuk kekal selamat dalam talian, dan mempamerkan etika siber yang sewajarnya.

“Generasi muda (juga) harus memahami cara-cara penjenayah siber menggunakan teknik kejuruteraan sosial untuk mengeksploitasi emosi manusia.

“Maka itu, kita perlu memastikan generasi muda belajar mengenai tatacara menggunakan teknologi dan Internet secara positif dan selamat.

“Hanya melalui pendidikan yang efektif serta asas keselamatan siber yang kukuh, kita akan berupaya membina warga digital generasi muda yang bertanggungjawab,” kata Zahidi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan penutup Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan – Piala Cabaran CyberSAFETM 2022 (NICTSeD 2022) di Menara Cyber Axis, di sini hari ini.

Bagi edisi NICTSeD kali ini, wakil dari SMK Alor Akar, Pahang muncul juara selepas berjaya membentangkan hujah dan meyakinkan barisan panel juri yang terdiri daripada pakar bidang keselamatan siber, guru serta wakil CyberSecurity Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here