KJ mungkin bertanding di Parlimen Sungai Buloh, serahkan pimpinan parti tentukan kawasan

0
51
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media berkenaan situasi terkini Covid-19 di Malaysia di sini, hari ini. MALAKAT TRIBUNE/MIM FADLIZAL ROZAIMAN

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kerusi mana yang akan ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas dikaitkan dengan Parlimen Sungai Buloh.

Katanya, pengumuman calon PRU15 akan dibuat tidak lama lagi dan beliau bersedia untuk diletakkan dimana-mana kawasan.

“Tak tahulah saya rasa ini semua keputusan calon pilihanraya ini tidak lama lagi yang bakal diumumkan oleh pucuk pimpinan parti dan saya terima mana-mana kawasan yang diberikan kepada saya,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, timbul desas-desus yang mengatakan Khairy bakal bertanding di Parlimen Sungai Buloh susulan kenyataan daripada UMNO Sungai Buloh yang mengatakan penyandang kerusi Parlimen Rembau itu hampir pasti bertanding di situ.

Bagaimanapun, sumber MIC berkata jentera parti tidak akan menyokong calon UMNO di Sungai Buloh, yang dianggap MIC sebagai kerusi tradisi mereka.

Kawasan Parlimen Sungai Buloh dikatakan sukar dirampas oleh lawan PKR kerana majoriti besar 26,634 undi diraih PKR dalam PRU14 tempoh hari akan merencatkan saingan parti-parti lawan.

Terdahulu, PKR menampilkan Timbalan Ketua Penerangan 1 parti itu, Datuk R. Ramanan, 41, sebagai calon di situ. Beliau merupakan jurutera mekanikal lulusan universiti di Australia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here