Konsert hiburan di luar tatasusila tidak dibenarkan di Kedah – Sanusi

0
18
Tangkap layar konsert Muda Mudi Weekend Fest yang mencetuskan kemarahan pelbagai pihak

ALOR STAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, penganjuran Muda Mudi Weekend Fest yang melibatkan konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila tidak akan dibenarkan di seluruh Kedah.

Beliau berkata, kejadian muda mudi terkinja-kinja tanpa arah gara-gara konsert hiburan di Balai Seni Alor Setar kelmarin menjadi penanda aras bahawa sebarang aktiviti yang boleh merangsang pelanggaran norma masyarakat tempatan tidak boleh diberikan ruang untuk membiak.

“Penganjuran acara yang menyihatkan tubuh badan seperti fun run, fun ride, treasure hunt, pertandingan memancing, dan lain-lain pertandingan yang selari dengan undang-undang, garis panduan program terbuka dan sesuai dengan tatasusila masyarakat tempatan adalah digalakkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, semua pegawai daerah yang mempengerusikan jawatankuasa berkaitan perlesenan hiburan telah dimaklumkan tentang hal tersebut.

Katanya, arahan itu akan berkuatkuasa serta merta.

Semalam, tular gambar dan video konsert yang dianjurkan semasa festival tersebut sehingga menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Lebih menimbulkan kemarahan apabila konsert itu diadakan di hadapan masjid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here