Korban pertama di DASH selepas motosikal ditunggang terbabas

0
129
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas di DASH semalam. Gambar Polis

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum terjatuh di Kilometer 15.7 Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam (DASH) dekat Penchala, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang berusia 24 tahun menunggang SYM VF3i dari arah Penchala ke Denai Alam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu tular video kemalangan tersebut yang juga merupakan kemalangan maut pertama di lebuh raya berkenaan sejak dibuka Jumaat lalu.

Sementara itu, Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan punca dan sebab kematian.

“Justeru itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here