KPLB perkenal Anugerah Institusi Pendidikan [email protected]

0
7
Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam Majlis Anugerah Institusi Pendidikan [email protected] di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperkenalkan Anugerah Institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) buat julung kalinya tahun ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, anugerah itu sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas usaha serta pencapaian cemerlang institusi, tenaga pengajar, pelajar dan alumni program [email protected]

“Anugerah [email protected] juga diwujudkan bagi memberi galakan untuk menaikkan motivasi dan mendorong pencapaian serta sumbangan yang lebih aktif oleh institusi, tenaga pengajar, pelajar dan alumni.

“Saya amat berbangga dengan segala pencapaian yang telah dicatat oleh semua Institusi TVET di bawah KPLB di dalam pelbagai bidang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Institusi Pendidikan [email protected] di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun; Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf dan Pengerusi GiatMARA, Datuk Din Adam.

Jelas Mahdzir, sejumlah 280 Institusi pendidikan TVET KPLB mengambil bahagian dalam empat kategori anugerah yang dipertandingkan.

Kategori tersebut adalah Anugerah Institusi Terbaik, Pengajar Terbaik, Pelajar Terbaik dan Ikon [email protected]

Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai, trofi dan Sijil penghargaan.

Pada majlis itu, Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, Sabah dinobatkan sebagai Institusi TVET Terbaik Peringkat Sijil.

Manakala Mara Japan Industrial Institute (MJII), pemenang kategori
Institusi TVET Terbaik Peringkat Diploma dan UniKL MIIT dianugerahkan sebagai Institusi TVET Terbaik Peringkat Ijazah.

Dalam pada itu, GiatMara hari ini menerima pengiktirafan sebagai Penyedia Latihan TVET Terbaik Keseluruhan Bagi Anugerah Kecemerlangan Sempena Anugerah Pendidikan & TVET Malaysia 2022, anjuran Education-TVET Asia.

“Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga membawa balik kejayaan kepada dua pelajar GiatMara yang sedang mewakili negara ke pertandingan World Skills Competition (WSC) 2022 Special Edition di Helsinki, Finland dari 16 hingga 25 Oktober ini.

Seorang dari GiatMara Prima Tasek Gelugur, Pulau Pinang yang bertanding dalam kategori Terapi Kecantikan dan seorang lagi dari GiatMara Kuala Lumpur yang bertanding dalam kategori Teknologi Fesyen,” kata Mahdzir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here