KPM beri tumpuan teknologi digital tingkat minat murid

0
23
Radzi Jidin.

CYBERJAYA – Penekanan kepada penambah baikan serta inovasi kaedah pengajaran dan pembelajaran sentiasa diberikan keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam usaha meningkatkan minat belajar dalam kalangan murid.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, melalui transformasi pendidikan negara, pihaknya sentiasa mengikuti dan memberi perhatian kepada perkembangan semasa seperti penggunaan teknologi digital.

“KPM juga memberi penekanan kepada penambahbaikan serta inovasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan semasa seperti penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan minat belajar dalam kalangan murid.

“Usaha itu termasuk pembangunan bakat dan potensi murid ke tahap yang optimum.

“Kepada anak-anak, pak cik doakan yang terbaik kepada anda semua. Ingat pesan pak cik, ‘Nothing Beats Hard Work’ dalam mengejar cita-cita. InsyaAllah, kejayaan pasti dapat dicapai, ” katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.

Radzi Jidin menandatangani plak Perasmian Surau Darul Furqan Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Pasir Mas di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Terdahulu beliau hadir dalam Majlis Perasmian Surau Darul Furqan Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Pasir Mas di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Pembinaan surau dengan kapasiti 280 orang itu adalah hasil kerjasama pihak sekolah dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Tahniah kepada semua pihak yang telah sama-sama ikhtiarkan pembinaan surau ini yang pastinya memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah,” katanya.

Radzi Jidin bergambar bersama murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Pasir Mas di Kota Bharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here