KPM dengan kerjasama Microsoft bakal lancar teknologi baharu mantapkan penguasaan bahasa Inggeris

0
19
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Microsoft Malaysia akan melancarkan satu program baharu untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, program berkenaan yang dibuat menggunakan terknologi digital dalam pendidikan dikenali sebagai Microsoft Reading Progress.

“Dalam tempoh dua setengah tahun yang lepas banyak transformasi yang kita lakukan terhadap sistem pendidikan kita, satu daripada transformasi ini kita bakal laksanakan dalam program pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris.

“Kalau dahulu baca buku bahasa Inggeris mungkin tak ada guru yang sempat melihat teknik bacaan dan sebutan itu betul dan tepat, justeru dalam tempoh terdekat kita akan lancar satu program bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak kita dan memudahkan guru-guru untuk melihat setakat mana anak-anak kita boleh menguasai bahasa Inggeris khususnya dalam konteks percakapan dan sebutan perkataan,” katanya dalam satu hantaran video dalam laman Facebooknya.

Radzi berkata, menerusi teknologi itu, setiap murid boleh menggunakan aplikasi itu dan boleh membaca setiap para dan ayat yang disediakan oleh guru.

Pada masa sama, katanya, sistem tersebut akan menilai bacaan tersebut dari konteks sebutan.

“Ini akan membantu murid-murid menyebut sebutan yang tepat bagi setiap perkataan, pada masa sama ia dapat membantu murid untuk diperkenalkan dengan perkataan baharu.

“Jadi tunggu dalam masa terdekat kita akan lancarkan satu program untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anak kita melalui Microsoft Reading Progress,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here