KPM sentiasa tambah baik infrastruktur sekolah bagi mudahkan murid berkeperluan khas

0
17
Ibu bapa yang hadir pada Majlis Penutup Minggu Sukan Inklusif PPA Genius tidak melepaskan peluang bergambar dengan Radzi.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa mengutamakan pendidikan murid berkeperluan khas bagi membolehkan mereka mendapat peluang pendidikan yang sama seperti kanak-kanak lain.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Mat Jidin berkata, oleh kerana kemudahan sedia ada terhad, penambahan struktur asas adalah perlu supaya lebih ramai kanak-kanak berkeperluan khas mendapat peluang yang sama.

“Ramai ibu bapa mahukan anak-anak mereka dapat berdikari.

“Itu yg ingin kita pastikan supaya ruang ini diperbanyakkan dan anak mendapat yang terbaik dalam konteks pendidikan khas termasuk autisme,” kata Radzi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melaksanakan kunjungan tidak rasmi ke Majlis Penutup Minggu Sukan Inklusif PPA Genius di Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 17(1) di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, beliau turut menghargai kehadiran ibu bapa yang hadir memeriahkan majlis sukan tersebut.

“Alhamdulillah, semua ibu bapa hadir pada program ini dan menunjukkan kebersamaan dan mengenali antara satu sama lain.

“Ini adalah semangat yang kita perlukan dalam usaha membangunkan satu modal insan yang lengkap melibatkan guru-guru dan juga ibu bapa,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here