KPT beri pelepasan pelajar IPT pulang mengundi 

0
27
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberikan pelepasan selama lima hari kepada semua pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Husaini Omar, pelepasan itu diberikan kepada pelajar bermula 17 hingga 21 November ini.

“Berlandaskan kepada semangat serta penguatkuasaan Undi18, KPT bersetuju supaya semua IPT memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi.

“Tarikh pelepasan adalah dari 17 hingga 21 November 2022 bagi memberi tempoh yang cukup kepada pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke atau dari lokasi mengundi.

“Semua kelas dan aktiviti pelajar dalam tempoh berkenaan hendaklah ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain,” katanya dalam satu surat edaran bertarikh semalam,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 5 November manakala bagi pengundian awal, tarikh ditetapkan ialah pada 15 November.

Berkuat kuasa 15 Disember lalu, Undi18 sudah diwartakan dan individu yang berusia 18 tahun akan didaftarkan secara automatik sebagai daftar pemilih dan seramai 1.14 juta orang pengundi berusia 18 hingga 21 tahun akan mengundi pada PRU-15.

AFCCup2022

MalakatMall

BigScreen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here