Krisis PH: Pengerusi Amanah Kedah dipecat serta merta

0
252
Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Datuk Phalrolrazi Mohd Zawawi

CYBERJAYA – Tindakan Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Datuk Phalrolrazi Mohd Zawawi yang mempersoalkan tindakan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon DAP di kerusi majoriti Melayu di Parlimen Jerai memakan diri apabila dipecat berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, tindakan itu dibuat berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2(b) kerana Phalrolrazi didapati telah melanggar Perlembagaan parti.

Katanya, Phalrolrazi juga didapati mengingkari keputusan-keputusan parti dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti.

Serentak dengan keputusan ini, Datuk Dr Ismail Bin Salleh, Timbalan Pengerusi Amanah Kedah akan menjalankan tugas-tugas pengerusi.

”Kedua-dua keputusan di atas berkuatkuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Terdahulu, tular mesej satu sidang media akan diadakan petang ini oleh bekas Pengerusi Amanah Kedah itu.

Ia selepas PH semalam mengumumkan Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff yang pernah bertugas sebagai pegawai khas kepada penyandang kerusi Shah Alam, Khalid Abdul Samad untuk bertanding di kerusi Jerai yang sebelum ini milik Amanah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here