Lebih 120 kawasan Parlimen miliki majoriti pengundi wanita, tiba masanya lebih ramai calon wanita diketengahkan dalam PRU15

0
33
Datuk Norshida Ibrahim (3 dari kiri) bergambar kenangan bersama Wanita UMNO.

CYBERJAYA – Jumlah pengundi wanita yang ramai dengan melebihi angka 50 peratus dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini perlu diberi tumpuan dan tidak boleh diperkecilkan.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata, statistik itu boleh dijadikan indikator untuk mengetengahkan lebih ramai calon wanita di dalam PRU15.

“Statistik pengundi sehingga 9 Oktober 2022 menunjukkan 50.17 peratus atau 10,622,151 pengundi adalah dikalangan wanita.

“Pengundi wanita paling ramai direkodkan di Kedah dan Pulau Pinang. Kira-kira 123 Parlimen didominasi oleh pengundi wanita berbanding lelaki. Ini cukup jelas menunjukkan suara wanita merupakan suara penentu.

“Oleh kerana wanita adalah majoriti pengundi pada PRU15, kehadiran mereka hendaklah bergerak pantas mengikut arus perdana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu katanya, golongan itu juga terbukti setia pada perjuangan parti dan terus setia serta sanggup berkorban untuk menstabilkan negara.

“Sudah tentu sebagai calon wanita yang bertanding maka kita akan bawa suara wanita, kebajikan wanita dan apa sahaja melibatkan isu-isu wanita untuk diperjuangkan selain isu-isu setempat.

“Dalam masa yang sama harus ditingkatkan lagi kesedaran untuk mengundi di dalam pilihan raya khususnya kepada kaum wanita. Penerangan demi penerangan mesti diberikan kerana kesilapan di dalam memilih pemimpin akan memberi impak yang besar kepada kesejahteraan hidup kestabilan dan kemakmuran,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here