Lebih 50 keluarga kurang berkemampuan di Pokok Asam dirai sempena Deepavali

0
43
Saroja menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena sambutan Deepavali esok.

TAIPING – Lebih 50 keluarga B40 masyarakat India di sekitar Taman Raja Idris, Pokok Asam di sini menerima bantuan sempena sambutan perayaan Deepavali yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Program bantuan Deepavali itu disampaikan oleh Ketua Cabang PKR Taiping, Ahmad Zahid Khalid dan Ketua Wanitanya, Saroja.

Menurut Ahmad Zahid, antara bantuan yang diberikan ialah berupa bahan makanan dan wang perbelanjaan untuk menyambut perayaan tersebut.

“Bantuan ini bukan sahaja diberikan pada musim perayaan tetapi turut diberikan kepada semua masyarakat yang memerlukan tidak mengira bangsa mahupun agama.

“Justeru saya berharap dengan sumbangan ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah agar dapat mengurangkan beban untuk menyambut Deepavali dengan lebih gembira dan ceria,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut melahirkan perasaan bangga apabila program tersebut turut menarik perhatian golongan muda dan berkemampuan untuk turut bersama-sama membantu.

“Saya gembira dan bangga dapat bersama masyarakat dalam aktiviti ini dan berharap dapat membantu seramai mungkin masyarakat di kawasan B40 yang terkesan dengan masalah ekonomi masa kini,” kata Saroja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here