Lesen pengurus wang terkenal, DDNK digantung Suruhanjaya Sekuriti

0
54
DDNK

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menggantung Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal milik Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM), Datuk Nazri Khan Adam Khan selama enam bulan.

Menurut pihak pengurusan IPAM, penggantungan itu berkuat kuasa sejak 6 Oktober 2022.

Katanya, ketika ini pihaknya sedang membuat rayuan susulan penggantungan itu dan menegaskan penggantungan itu adalah disebabkan pelanggaran pentadbiran, bukan mengenai pengurusan dana.

“Yakinlah bahawa pelaburan anda diuruskan dengan selamat dan dikendalikan secara profesional oleh pasukan profesional pelaburan kami yang berkelayakan tinggi di IPAM.

“Ini adalah komitmen dan keutamaan kami untuk menguruskan pelaburan anda dengan bijak dan mencapai matlamat idaman anda,” katanya dalam satu kenyataan.

IPAM berkata, pihaknya mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam dana unit amanah dan pengurusan portfolio sejak lebih 30 tahun lepas dengan dikawal peraturan dan kawal selia ketat yang ditentukan SC.

Terdahulu tular penggantungan lesen Nazri Khan atau lebih dikenali sebagai DDNK di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here