Letupan stesen minyak, 10 terbunuh

0
34

CREESLOUGH, Ireland – Sepuluh mangsa disahkan terkorban dalam kejadian letupan di sebuah stesen minyak di bandar ini pada lewat Jumaat.

Dalam kejadian itu, antara yang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak dan dua remaja.

Lapan lagi individu mengalami kecederaan.

Pihak polis berkata, insiden itu merupakan satu ‘kemalangan trajis’ namun masih meneruskan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Kita perlu melakukan siasatan dengan minda yang terbuka, maklumat yang kami ada sekarang menjurus kepada ‘kemalangan trajis’,” kata jurucakap polis, Superintenden David Kelly dalam satu sidang akhbar.

Gambar lokasi kejadian menunjukkan sebuah blok apartment yang terletak bersebelahan stesen minyak tersebut mengalami kerosakan struktur yang teruk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here