Lori bawa muatan kayu terbalik halang laluan dekat Terowong Menora

0
10
Sebuah lori membawa muatan kayu yang terbabas di lereng laluan berbukit dekat Terowong Menora ke arah selatan pagi tadi.

IPOH – Kemalangan melibatkan sebuah trak terbalik di laluan berhampiran Terowong Menora menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh 14 kilometer (km) dekat sini, pagi ini.

Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), insiden di KM 265 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan itu menyebabkan laluan terhalang sepenuhnya.

“Semua lorong masih terhalang, trafik terhenti dan sesak sebelum masuk ke Terowong Menora ke Ipoh Utara.

“Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dengan melalui susur keluar ke Kuala Kangsar,” menurut LLM.

Gambar dan video menunjukkan sebuah lori membawa muatan kayu terbalik dengan serpihan papan berselerak atas jalan raya sehingga menyebabkan laluan terhalang tular di media sosial kira-kira pukul 8 pagi ini

LLM berkata, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan di lokasi kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here