Luqman Hakim buat penampilan sulung 2 minit bersama KV Kortrijk

0
12
Penyerang sensasi muda negara di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin.

KUALA LUMPUR – Penyerang sensasi muda negara di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin berjaya membuat penampilan sulungnya musim ini dalam skuad senior KV Kortrijk semalam.

Penyerang berusia 20 tahun itu yang juga merupakan pemain Harimau Malaya masuk menggantikan Felipe Avenatti pada minit ke-88 ketika menentang pasukan Westerlo.

Sungguhpun begitu, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Luqman dengan perlawanan hanya berbaki dua minit sahaja yang menyaksikan pasukannya tewas 2-0 ditangan Westerlo.

Kotrijk ketika ini sedang menghuni kelompok bawahan liga dengan berada di kedudukan ke-18 dan mengumpul 11 mata.

Untuk rekod, Luqman yang mengikat kontrak selama lima tahun dengan pasukan The Belgian itu membuat penampilan pertamannya bersama skuad senior pada 24 Oktober 2020 ketika menentang Anderlecht.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here