Mahathir cuai, kes Pulau Batu Puteh jatuh ke tangan Singapura 

0
27
Pulau Batu Puteh.

PUTRAJAYA – Laporan semakan undang-undang mendapati terdapat berlakunya kecuaian membabitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kes Pulau Batu Puteh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini berkata, mesyuarat telah dimaklumkan mengenai terdapat kemungkinan kecuaian dan kekhilafan Dr. Mahathir apabila beliau tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman pada 11 Jun 2018.

“Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2008, dan permintaan tafsiran Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

“Tun Dr Mahathir membuat keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman pada 11 Jun 2018,” katanya.

Sehubungan dengan itu, jemaah menteri telah bersetuju untuk meneruskan tindakan perundangan di ICJ bagi mempertahankan kedaulatan negara.

“Pasukan petugas khas melalui kedua-dua laporan ini adalah bersifat telus, berkecuali dan inklusif dengan mempertimbangkan hasil analisa, penelitian serta pemerhatian ahli pasukan petugas khas,” katanya.

Terdahulu, bekas perdana menteri itu sebelum ini menjelaskan kehilangan pulau kecil itu bukanlah satu perkara besar dan ia merupakan kesilapan kerajaan Johor yang menafikan pemilikan pulau itu.

Katanya, Malaysia seharusnya bersyukur dengan keputusan Mahkamah Antarabangsa yang menganugerahkan Pulau Ligitan dan Sipadan kepada Malaysia dan ia tidak dituntut semula Indonesia.

Dalam pada itu, dalam kenyataan yang sama, Ismail Sabri berkata, susulan dakwaan-dakwaan dalam buku bertajuk “My Story: Justice in The Wilderness” tulisan Tommy Thomas, kerajaan telah bersetuju untuk menyahklasfikasikan dan mendedahkan laporan tersebut kepada umum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here