Malakat Mall pasang ‘big screen’ tonton perlawanan akhir AFC antara KL dan Al-Seeb malam ini 

0
9
Sumber: Facebook Malakat Mall

CYBERJAYA – Debaran aksi perlawanan akhir Piala AFC membabitkan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC menentang Al-Seeb semakin terasa apabila kedua-dua pasukan berkenaan dijadualkan bakal bertemu pada malam ini.

Sehubungan dengan itu, Malakat Mall telah mengambil inisiatif untuk menayangkan perlawanan tersebut menerusi paparan skirn besar di sini, malam ini.

Program tersebut dijadualkan bermula pada jam 7.00 malam dan akan ditayangkan secara langsung di layar besar yang terletak di ruang legar pusat beli belah itu.

Selain itu, turut menanti pengunjung adalah pelbagai jenis gerai makanan dan minuman yang bakal dibuka pada hari ini bagi memeriahkan program tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here