Malakat Mall sesak dengan pengunjung sempena Brainy Bunch Market Day 

0
20
Pelajar Brainy Bunch sedang sibuk menyiapkan tempahan daripada pelanggan sempena Program Brainy Bunch Market Day 2022 di Malakat Mall, hari ini. Kredit foto – Amir Afiq Jamaludin. 

CYBERJAYA – Program Brainy Bunch Market Day 2022 berjaya meraih perhatian khalayak umum susulan para pelajarnya yang cekap dalam menjalankan pelbagai jenis aktiviti perniagaan di Malakat Mall, hari ini.

Program berbentuk keusahawanan yang dijalankan oleh pelajar-pelajar Sekolah Antarabangsa Islamik Montensori Brainy Bunch itu mendapatkan sokongan luar biasa apabila pengunjung sudah memenuhi ruang legar di Malakat Mall seawal jam 10 pagi.

Rata-rata pelajar yang hadir pada hari ini juga berasa gembira dan bersemangat dalam mempromosikan gerai jualan masing-masing.

Mujaddid Maszlee, 13, salah seorang pelajar yang ditemui berkata, dia berasa seronok kerana ini merupakan pertama kali dia mengendalikan gerai satay.

Mujaddid Maszlee,13, pelajar Brainy Bunch. Kredit foto – Najmi Zulkefle .

“Hari ini kami menjual pelbagai jenis satay seperti satay ayam, daging, kambing dan juga nasi himpit.

“Seronok juga sebab dapat pengalaman dan saya pun tidak pernah bakar satay sebelum ini,” katanya kepada Malakat Tribune di sini, hari ini.

Sementara itu, ada dalam kalangan Ibu bapa pelajar yang ditemui juga berasa terkejut melihat kemahiran sosial
pelajar Brainy Bunch hari ini dalam mempromosikan gerai jualan mereka.

Mohd firdaus ramlan, 37, salah seorang bapa pelajar yang ditemui berkata, susun atur acara pada hari ini berada dalam keadaan teratur dan meriah.

Mohd Firdaus Ramlan,37, bapa pelajar Brainy Bunch. Kredit foto – Najmi Zulkefle 

“Bagi saya secara peribadi susun atur agak baik, meriah dan teratur saya lihat penganjur pun sudah tetapkan acara ini dengan baik murid pun ada tugas mereka sendiri dan saya nampak acara hari ini meriah sama seperti acara di luar sana, tahniah.

“Saya pun terkejut saya lihat sebahagian daripada pelajar-pelajar di sini seperti sudah biasa buat aktiviti pemasaran, dapatkan pelanggan dan memang agak terkejut.

“Itu merupakan asas kepada perniagaan, kemahiran keusahawanan itu memang penting yang mana kita ajak pelanggan-pelanggan yang mempunyai petensi untuk hadir ke gerai jualan mereka.

Tambah Firdaus yang juga merupakan pegawai bank, dia memberikan sokongan kepada anaknya untuk melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan.

Pelajar Brainy Bunch sedang sibuk menyiapkan tempahan daripada pelanggan sempena Program Brainy Bunch Market Day 2022 di Malakat Mall, hari ini. Kredit foto – Amir Afiq Jamaludin. 

“Saya memang menyokong anak saya libatkan diri dalam perniagaan. Saya lihat identiti dan latar belakang seorang peniaga ini positif kerana mempunyai visi dan misi yang jelas untuk berniaga.

“Sekiranya kita terapkan dari awal, benda ini kita tidak akan secara lansung di dalam kelas di sekolah kerana memerlukan aktiviti tambahan di luar atau didikan yang perlu diterapkan dari ibu bapa sendiri.

“Sebagai ibu bapa kita kena sokong idea memantapkan kemahiran berniaga ini kerana dengan adanya ilmu berniaga ini dapat membantu mereka untuk menambah pendapatan mereka,” ujarnya lagi.

Selain itu, beliau juga berharap aktiviti seperti ini perlu diteruskan kerana berniaga adalah satu perkara yang Nabi Muhammad lakukan.

Pengunjung yang hadir  sempena Program Brainy Bunch Market Day 2022 di Malakat Mall, hari ini. Kredit foto – Najmi Zulkefle

Bulan lalu, Malakat Tribune melaporkan, Pengasas Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim berkata, program ini dilaksanakan dengan tujuan memberi pendedahan kepada pelajar Brainy Bunch seawal umur lima dan enam tahun menjalankan perniagaan.

Katanya, kali terakhir program ini dilaksanakan adalah pada tahun 2019, namun terpaksa ditangguhkan pada tahun 2020 dan 2021 berikutan pandemik Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here