Market Day Sekolah Antarabangsa BB Sabtu ini

0
11
Hilmi Ismail
Hilmi Ismail

CYBERJAYA – Pusat beli belah Malakat Mall akan menjadi tuan rumah bagi Market Day Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch pada hari Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Hilmi Ismail berkata, program sehari tersebut dilaksanakan bagi mendedahkan pelajar sekolah tersebut dengan dunia perniagaan.

“Sebelum ini kita pernah adakan program yang sama bagi pelajar tadika kita, namun bagi pelajar sekolah antarabangsa, pendedahan yang diberi adalah lebih menyeluruh,” kata Hilmi ketika ditemui, hari ini.

Katanya, program yang akan melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah ini, memerlukan pesertanya melakukan persediaan ‘memulakan perniagaan’.

“Berbeza dengan Market Day bagi pelajar tadika, para pelajar perlu melaksanakan ‘business proposal’, ‘pitching’ dan juga persediaan bahan promosi bagi perniagaan mereka.

“Pendedahan ini adalah lebih menyeluruh dan benar-benar menyediakan mereka dengan alam perniagaan yang sebenarnya,” kata Hilmi lagi.

Tambahnya, dianggarkan lebih daripada 40 buah gerai yang menjual bahan makanan, permainan dan perkhidmatan akan dibuka pada hari Sabtu nanti.

Hilmi memberitahu, keuntungan jualan akan disalurkan ke Yayasan Brainy Bunch, tabung aktiviti pelajar dan selebihnya milik pelajar yang teribat.

“Jadi saya ingin mengajak orang ramai untuk hadir sama pada hujung minggu ini dan memeriahkan program tersbut,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here