Masa depan politik Anwar di hujung tanduk di Tambun

0
24
Anwar Ibrahim

CYBERJAYA – Pakatan UMNO, Pas dan Bersatu pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU-15) di Tambun, Perak mampu menewaskan sekaligus mematikan karier politik Anwar Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Zuhdi Marzuki berkata, Parlimen Tambun yang mempunyai dua Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh ditawan parti Melayu jika kesepakatan antara tiga parti itu dapat dicapai.

Beliau menyarankan, UMNO supaya memberi laluan kepada calon Bersatu, Ahmad Faizal Azumu manakala calon UMNO boleh bertanding di kerusi DUN Hulu Kinta dan Pas di Manjoi.

Keyakinan itu kata beliau bersandarkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan yang dianggarkan hanya tinggal 10 peratus selepas parti Bersatu berpisah dengan PH.

Usaha itu juga katanya akan mensabotaj perancangan DAP untuk menguasai satu lagi negeri selepas Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun katanya, jumlah undi Melayu yang terbahagi mengikut parti mungkin akan menggagalkan misi untuk menewaskan Anwar di Tambun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here