MB Selangor tidak minta DUN dibubarkan – SU Sulit Sultan Selangor

0
22
MB Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

CYBERJAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebenarnya tidak mengajukan permintaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika mengadap baginda pada 11 Oktober lalu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Muhamad Munir Bani berkata dalam satu kenyataan hari ini, Amirudin sebaliknya menyatakan hasrat untuk meneruskan pentadbiran kerajaan negeri.

“Susulan itu, baginda mengambil maklum akan kedudukan ini dan mengharapkan agenda pembangunan Selangor yang telah dirancang dapat diteruskan demi kepentingan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Mohamad Munir berkata, ini berikutan terdapat beberapa kenyataan yang kurang tepat dilaporkan di akhbar dan media sosial berhubung keputusan Kerajaan Selangor untuk tidak membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya pada tahun ini.

Selasa lepas, Amirudin memaklumkan Sultan Selangor berkenan supaya pentadbiran kerajaan negeri bagi penggal ini diteruskan supaya dapat memfokus kepada usaha menjamin kesejahteraan rakyat.

Amirudin berkata perkara itu dititahkan ketika beliau menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Bukit Kayangan di sini, dalam sesi menghadap berjadual.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here