Mesyuarat khas SPR berkenaan PRU15, PRK DUN Bugaya pada 20 Okt

0
17
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan mesyuarat khas bagi membincang dan menetapkan tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah akan diadakan pada 20 Okt depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi satu kenyataan, sebentar tadi.

“Mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“(Mesyuarat itu) akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU15 dan PRK DUN Bugaya seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here