Misi roket India bawa 36 satelit berjaya disempurnakan

0
9
Roket LVM3-M2 ini direka oleh Organisasi Kajian Angkasa India (ISRO).

NEW DELHI – Roket terbesar yang direka Organisasi Kajian Angkasa India (ISRO) berjaya dalam misinya meletakkan 36 buah satelit pada orbit masing-masing.

Roket LVM3 yang turut dikenali sebagai GSLV Mark 3 itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dawan di Sriharikotaa, pada pukul 12.07 pagi tadi (waktu tempatan).

“Misi LVM3-M2/OneWeb India-1 berjaya disempurnakan.

“Kesemua 36 buah satelit yang dibawa roket berkenaan berjaya diletakkan di orbit yang ditetapkan,” kata agensi tersebut dalam satu kenyataan, hari ini.

Misi tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian komersil di amtara syarikat tempatan, New Space India Limited (NSIL) dengan syarikat satelit daripada United Kingdom (UK), OneWeb.

“Misi LVM3-M2 dilaksanakan buat pelanggan asing kami, OneWeb menerusi NSIL.

“Ini merupakan penerbangan pertama yang dilaksanakan bagi menghantar 36 buah satelit milik OneWeb ke orbit rendah Bumi (LEO),” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here