Model, pelacur ditemukan maut dalam bekas konkrit di tengah gurun

0
84
Esmeralda Gonzalez (kanan) yang dibunuh dengan kejam oleh pelanggannya, Christopher Prestipino.

NEVADA – Seorang model yang juga pekerja seks ditemui maut selepas dipercayai disuntik dengan cecair pencuci kolam sebelum mayatnya disimen dalam tong berisi bancuhan konkrit.

Mayat Esmeralda Gonzalez, 24, yang mempunyai 300,000 pengikut di Instagram ditemui di kawasan gurun dekat Los Angeles, Nevada, Amerika Syarikat.

Susulan itu, polis menahan suspek, Christopher Prestipino dan temannya Casanra Garret bersama seorang lagi rakan mereka, Tricia Ott.

Dalam pertuduhan itu, Prestipino yang melanggan mangsa dipercayai telah menyuntik cecair asid muriatik iaitu sejenis cecair pencuci kolam ke dalam tubuh mangsa dengan bantuan Garret.

Suspek berbuat demikian selepas Gonzalez yang diikat pada kepal katil dikatakan bertindak ganas dan luar kawal malah didakwa seperti dirasuk dan bercakap seperti syaitan.

Mayat mangsa yang disimen ditemui bersama barang kemas termasuk jam tangan Rolex bernilai USD40,000, rantai Chanel, cincin dan gelang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here