MPS anjur latihan bersepadu persiapan hadapi MTL

0
18
Rina bersama Abd Hamid (lima dari kanan) pada majlis penyerahan bot penyelamat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sepang di Kelab Tasik Cyberjaya, di sini hari ini. – MALAKAT TRIBUNE/MIM FADLIZAL ROZAIMAN

CYBERJAYA – Sebagai persediaan meghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang akan tiba pada bila-bila masa sahaja lagi, Majlis Perbandaran Sepang (MPS) hari ini menganjurkan latihan bersepadu melibatkan anggota agensi penyelamat.

Yang di-Pertua MPS, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, latihan yang disertai oleh anggota daripada 19 agensi itu dilaksanakan sebagai lanjutan kepada kemahiran penyelamatan yang dimiliki oleh setiap anggota tersebut.

“Latihan ini sesuai dengan saranan MB (Menteri Selangor) Selangor supaya anggota penyelamat sentiasa berada berada dalam siap siaga tertinggi dalam menghadapi kemungkinan risiko banjir,” kata Abd. Hamid.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bot Penyelamat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat interim, Datuk Seri Rina Harun, di sini hari ini.

Selanjutnya, Abd. Hamid memberitahu, pengalaman insiden banjir yang melanda pada Disember tahun lepas menyebabkan pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dan siap siaga lebih awal.

“Kita agak kurang bersedia pada tahun lepas, jadi kita ambil pengajaran daripada insiden tersebut dan lakukan persediaan awal supaya kita dapat bertindak balas dengan lebih segera,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here