Muhyiddin dakwa UMNO dan BN cemar imej negara 

0
29
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin .

PAGOH – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kesilapan beberapa pemimpin dari UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan imej Malaysia terjejas.

Beliau dalam satu kenyataan di Facebook berkata, Malaysia terkenal di seluruh dunia bukan hanya kerana pembangunan fizikalnya sahaja tetapi juga dari aspek pembangunan manusia, sosial dan ekonomi.

“Bagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini kesilapan beberapa pemimpin dari parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan kedudukan Malaysia merosot

“Lebih mendukacitakan, negara juga semakin rosak sehingga ke tahap memalukan kerana perbuatan tidak amanah, rasuah, tidak bertanggungjawab segelintir pemimpin,”katanya.

Tambah Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri, Bersatu mempunyai satu matlamat besar iaitu meletakkan negara ke satu tahap yang lebih mulia dan lebih dihormat.

“Bayangkanlah kalau UMNO dan BN berkuasa semula, segala perangai lama iaitu rasuah, kleptokrasi, salah guna kuasa, dan penyelewengan akan berulang semula,”katanya.

Beliau juga menyeru seluruh ahli parti agar lebih agresif dalam gerak kerja parti untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka tidak lama lagi.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan Persidangan Bersatu bahagian Pagoh kali keempat bagi tahun 2022 di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here