Muhyiddin gesa kerajaan bantu usahawan terkesan akibat pandemik Covid-19 

0
7
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin .

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan mengambil tindakan segera bagi meringankan beban usahawan Melayu yang terkesan akibat pandemik Covid-19

Menurut Muhyiddin dalam satu kenyataan di Facebook, kerajaan harus memastikan sebanyak Pengusaha Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seluruh negara diberi “talian hayat” untuk mampu bernafas dalam situasi ekonomi yang semakin mencabar.

“Saya risau jika tiada langkah drastik yang diambil Kerajaan terutamanya dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini, lebih banyak lagi PMKS yang terpaksa gulung tikar.

“Apa yang lebih parah, lebih ramai rakyat Malaysia yang mungkin juga akan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Jangan terhantuk baru tengadah, lakukanlah sesuatu dengan segera,” katanya

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) semalam.

Perbincangan yang disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, dan Presiden DPMM,
Abdul Halim Husin dan barisan pimpinan DPMM telah membahaskan isu cabaran dari sudut pemulihan ekonomi negara serta penyelesaiannya.

Tambah Muhyiddin, pihak DPMM telah menyuarakan kebimbangan terhadap denda yang dikenakan terhadap usahawan-usahawan Melayu oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Katanya, DPMM mengharapkan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap isu denda yang dikenakan kepada usahawan-usahawan Melayu yang baru pulih disebabkan pandemik.

“Pihak DPMM turut menyuarakan kebimbangan ahli-ahli terutamanya PMKS mengenai masalah aliran tunai.

“53 peratus dari 950,000 PKS berdaftar di Malaysia adalah perniagaan milik Melayu dan Bumiputera.

“Situasi ini diburukkan lagi dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman ataupun OPR tiga kali berturut-turut oleh Bank Negara Malaysia pada tahun ini,” ujarnya lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here