Pas akan umum sekutu parti pada Sabtu ini

0
42
Datuk Idris Ahmad

PUTRAJAYA – Pemilihan parti mana yang akan menjadi sekutu dan seteru bagi parti Pas pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) akan diputuskan pada Sabtu ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, kenyataan mengenai perkara itu akan diumumkan oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selepas mesyuarat pucuk pimpinan.

“Mesyuarat yang sama juga akan membincangkan ketetapan untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi yang mahu Pas memutuskan siapa rakan/lawan pada PRU-15 nanti.

Bagaimanapun, Idris masih berteka-teki ketika ditanya mengenai kecenderungan kerjasama parti itu pada PRU nanti sama ada akan memilih UMNO atau Perikatan Nasional.

“Kita mahu dua-dua,” katanya tersenyum.

Mengulas kerusi mana yang akan ditandingi pada PRU-15, Idris berkata beliau menyerahkan keputusan itu kepada parti.

“Saya tidak kisah bertanding atau tidak pun tak apa. Apa pun kena tunggu hari kejadian.” katanya.

UMNO sebelum ini mendesak Pas memutuskan hubungan dengan PN sekiranya mahu diterima sebagai rakan seperjuangan dalam PRU-15 nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here