Pas dan Bersatu hantar surat kepada Agong, tolak PRU diadakan tahun ini  

0
24
Istana Negara.

KUALA LUMPUR –  Seramai 12 ahli Kabinet dari Bersatu dan Pas menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menolak pilihan raya umum (PRU) diadakan tahun ini. 

Anggota jemaah menteri daripada kedua-dua parti berkenaan tidak bersetuju dengan PRU diadakan tahun ini kerana bimbang risiko banjir.

Difahamkan, surat bertarikh 3 Oktober itu telah ditandatangani oleh semua menteri Perikatan Nasional (PN) dan sudah pun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong semalam.

“Sepucuk surat diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh menteri Kabinet PN yang menyatakan alasan mereka tidak bersetuju PRU diadakan pada tahun ini kerana beberapa alasan. Antaranya Jabatan Meteorologi meramalkan berlaku monsun teruk akan datang.

“Ia (keputusan tidak bersetuju dengan PRU tahun ini) bagi membenarkan ekonomi negara untuk pulih lebih sepenuhnya, memandangkan kedua-duanya akan memberi impak kepada rakyat.

“Ini bermaksud Kabinet tidak sependapat mengenai keputusan pembubaran Parlimen,” lapor Berita Harian hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan akan menghadap Al-Sultan Abdullah hari ini. 

Bagaimanapun, Perdana Menteri enggan mengesahkan sama ada beliau akan membentangkan tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU-15 diadakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here