Pas perkukuh kerjasama dengan PN hadapi PRU15

0
19

KUALA LUMPUR – Parti Pas menyatakan pendirian bahawa mereka akan memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan itu diambil atas prinsip penyatuan umah.

Beliau slberkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial miliknya, sebentar tadi.

Sebelum itu, beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan di Pejabat Agung Pas, di sini hari ini.

Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa Pas akan memuktamadkan perbincangan dengan PN berkenaan kerusi-kerusi yang akan dipertandingkan di peringkat negeri.

Hadi turut memaklumkan pendirian Pas untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here