Pelakon muat naik video sumbang bakal didakwa esok  

0
41
Gambar hiasan.

SEPANG – Seorang pelakon lelaki terkenal akan didakwa esok selepas melakukan  kesalahan memuat naik klip video bersifat sumbang yang tular pada Mac tahun ini. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan berkata, pelakon terbabit bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah (2) Sepang, Selangor di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. 

“Pelakon berkenaan akan didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu klip video bersifat sumbang,” katanya.

Terdahulu, seorang hero drama Melayu telah menimbulkan kontroversi apabila berkongsi babak sensual yang berganding dengan heroin drama, pada Mac tahun ini. 

Rakaman tersebut walaubagaimanapun telah mengundang kecaman warga maya sehingga beliau memadam kandungan tersebut selain tampil memohon maaf atas tindakannya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here