Pemandu treler dipercayai tumbuk polis ditahan

0
18
PDRM

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang pemandu treler selepas menumbuk muka seorang anggota polis trafik di Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Iskandar Puteri, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin dalam kenyataan berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan selepaspihaknya menerima laporan daripada anggota polis berkenaan.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan telah bertindak mengeluarkan kata-kata kesat, menumbuk muka mangsa sebanyak dua kali dan menendang motosikalnya.

Menurut mangsa, suspek bertindak demikian selepas ditahan kerana memandu di laluan sebelah kanan yang diperuntukkan untuk kenderaan ringan.

“Suspek enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan dilakukan terhadapnya

berlaku sedikit pergelutan dan anggota polis terbabit cuba mempertahankan diri atas tindakan suspek,” katanya hari ini.

Terdahulu, Rahmat berkata pihaknya mengesan sebuah video mengenai seorang lelaki yang mendakwa telah dipukul seorang anggota polis trafik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here