Pembentangan RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 tindakan matang, relevan

0
7
M. SARAVANAN

KUALA LUMPUR – Pindaan pada Akta Kesatuan Sekerja 1959 bagi mewujudkan kerangka perundangan yang menyokong penubuhan dan pentadbiran kesatuan sekerja adalah tindakan matang dan relevan.

Menteri Sumber Manusia, M. Saravanan ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 berkata, rang undang-undang itu mempunyai objektif meniadakan sekatan ke atas pembentukan kesatuan sekerja berdasarkan penubuhan tertentu atau persamaan dalam trend, pekerjaan atau industri bagi membenarkan kepelbagaian kesatuan sekerja.

“Perkara ini selaras dengan kebebasan berpersatuan kerana pekerja dan majikan bebas untuk menubuhkan atau menyertai mana-mana kesatuan sekerja pilihan mereka sendiri,” katanya ketika membentangkan rang undang-undang berkenaan di Parlimen, hari ini.

Katanya, pindaan akta itu juga bagi memastikan kualiti perlindungan hak pekerja di negara ini dengan mengambil kira prinsip digariskan di bawah standard perburuhan antarabangsa.

Selain itu, beliau berkata pindaan itu juga bagi memudah cara Malaysia dalam merundingkan perjanjian perdagangan yang ketika ini telah memasukkan artikel berhubung obligasi standard perburuhan antarabangsa sebagai satu daripada terma perjanjian.

“Sebagai contoh, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) memperuntukkan supaya setiap negara anggota menerima pakai dan menambah baik undang-undang, peraturan-peraturan dan amalan masing-masing berhubung dengan hak-hak yang terkandung dalam Deklarasi ILO 1998 (Pertubuhan Buruh Antarabangsa) berkaitan Fundamental Principles and Right at Work,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here