Penolong pegawai perubatan rentung nahas di lebuh raya MEX

0
414
Keadaan kereta yang terbakar sepenuhnya dalam kemalangan di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) Bukit Jalil, di sini awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar dalam kemalangan di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) Bukit Jalil, di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi, Khairuddin Abdurrahman, berkata Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.14 pagi.

Katanya, dalam kejadian pukul 6 pagi itu, seorang penumpang lelaki dilaporkan cedera, manakala tiga lagi penumpang wanita terselamat.

Susulan itu, beliau berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil serta BBP Pudu dengan kekuatan 17 anggota, dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah kenderaan terbakar berpunca daripada kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Pasukan segera memadamkan kebakaran. Kereta itu musnah terbakar 100 peratus dan seorang wanita ditemui rentung di bahagian pemandu.

“Seorang penumpang lelaki dilaporkan cedera di bahagian kepala, manakala tiga lagi penumpang wanita selamat. Pemandu kereta Proton Saga juga dilaporkan tiada mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu menerusi satu hantaran dalam laman Facebook Penolong Pegawai Perubatan Malaysia, mengesahkan mangsa bertugas sebagai penolong pegawai perubatan Hospital Putrajaya (HPJ).

“PPP Malaysia mendapat perkhabaran mendukacitakan berkenaan insiden kemalangan di Lebuhraya MEX, melibatkan PPP Wong Zhen Ying dari DRC HPJ.

“Mendiang disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Jenazah mendiang dibawa ke Jabatan Forensik HUKM untuk urusan selanjutnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here