Penonton layar besar Malakat Mall dijamu 9 jaringan gol

0
13
Antara penyokong yang hadir pada pada tayangan perlawanan Manchester City menentang Manchester United di Malakat Mall, malam tadi

CYBERJAYA – Kemeriahan perlawanan bola sepak dapat dirasakan pada majlis tontonan perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester City menentang Manchester United di Malakat Mall, sebentar tadi.

Perlawanan yang bermula pada kira-kira pukul 9 malam itu ditayangkan secara langsung di layar besar yang terletak di ruang legar pusat beli belah itu.

Bagaimanapun, perlawanan yang dijangka akan mempamerkan aksi hebat para pemain nyata meleset, apabila pasukan tuan rumah dengan mudah menjinakkan pasukan pelawat dengan perlawanan berkesudahan dengan keputusan 6-3.

Gol City hadir menerusi Phil Fodden (min 8, 44, 72) dan Erling Haaland (min. 34,37,64).

Gol pasukan pelawat pula dijaringkan oleh Antony (min. 56) dan Antony Martial (min. 84, 90+1(p)).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here